Thursday, January 7, 2021

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN 

            Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Berpandukan kamus dewan, konsep masyarakat membawa maksud kepada kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan serta cara tersendiri dan masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum dan bangsa. Demikian itu, gabungan kedua dua istilah ini iaitu masyarakat majmuk membawa maksud kepada " satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di suatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yag mampu mewujudkan nilai bersatu padu antara satu sama lain.

            Berdasarkan fakta juga sejarah dan perkembangan sosiopolitik,orang Melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera di Tanah Melayu. Akibat daripada perkembangan tamadun, Tanah Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat.Penghijrahan masyarakat asing bermula sebelum zaman panjajahan lagi tetapi penghjrahan semakin jelas semasa zaman penjajah yang membawa masuk migran terutamanya India dan Cina bagi mengeksploitasi kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Kesannya, Malaysia pada hari ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Kadazan, Iban dan lain-lain.


KAUM MELAYU 

Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

            Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. 

            British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia, jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

 



KAUM CINA

Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. 

            Penghijrahan masyarakat Cina berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. 

            Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang.Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar. Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.

 

KAUM INDIA

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. 

            Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%. Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah.  Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.

 

KEGIATAN EKONOMI DAN FAKTOR KEMASUKAN 

  Sebelum kedatangan British masyarakat mengamalkan dasar ekonomi sara diri

  British  mengamalkan sistem perdagangan

  Perusahaan timah dapat perhatian

  Permintaan getah semakin tinggi

  Tanaman komersial seperti tebu, gambir, lada hitam, ubi kayu, sagu, tembakau dan kopi diperkekalkan

  Dasar pecah dan perintah diperkenalkan


KAUM MELAYU

   Masyarakat Melayu mengamalkan ekonomi  traditional

  Aktiviti ini tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pasaran

  Lebihan padi biasanya disimpan tujuan simpanan bekalan makanan

   Mayarakat melayu tidak digalakkan sama sekali melibatkan diri dalam ekonomi  dagangan

   Teknologi digunakan biasanya alatan mudah dan modal kecil










KAUM CINA

   Berasal dari daerah atau  kumpulan yang tertentu.

   Kawasan asal mereka yang utama iaitu Kwantung, Funchien, dan Kwangsai.

  Ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.

  Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui melalui sistem tiket, bersendirian dan Sistem Kangchu.

  Membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.







KAUM INDIA

  Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.

  India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.

 Menamai Tanah Melayu sebagai “Suvarnabumi” atau “Tanah Emas”.








MASALAH YANG DIHADAPI DAN PUNCANYA 

           Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja, namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian ynang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik dan sosial.

 

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL

  •  Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing.
  •  Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah.
  •  Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.

 


PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI

  • Pengolompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sector ekonomi setiap kaum.
  • Orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang cina digalakkan untuk bergiat dalam sector perdagangan dan perlombongan, manakala india kekal bekerja di estet-estet.
  •  Disebabkan berlainan ekonomi yang dijalankan setiap kaum, kemungkinan pertemuan antara kaum sangatlah kurang.

 

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

  •  Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.

  •  Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.

  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 

  •  Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.  

  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. 

  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka. 

  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China. 

  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.  

                  


FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA

  •  Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 

  •  Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.

  •  Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 

  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 

  •   Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 

  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 

  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 

  •  Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 

  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 


MASALAH EKONOMI

  •  Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 

  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 

  •  Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 

  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 


 

KEPERCAYAAN DAN AGAMA YANG BERBEZA

  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 

  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 

  •  Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.

 

 

AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA DIGUNAKAN

  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.

  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan   perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 

  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.

 


PEMERINTAHAN JEPUN

  •  Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.

  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.

  •  Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.       

  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 

  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.



RUMUSAN  

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.  Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kau 13 Mei 1996, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialamioleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiadanya persefahaman ,tolak ansur dan kasih sayang. Bagi merealisasikan integrasi nasional  dan pembentukan negaa bangsa,maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut  dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan  dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.

            Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali di antara satu sam lain .Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan 'tidak rapuh dimamah zaman'.





 RUJUKAN

  1. https://www.youtube.com/watch?v=GxS1EsRiYvw
  2.  https://www.youtube.com/watch?v=vCukCLITTN4
  3. http://pmptsbdee1b.blogspot.com/2016/10/bab-3pembentukan-masyarakat-majmuk.html
  4. https://www.researchgate.net/publication/297112950_Masyarakat_Majmuk_dan_Pendidikan_Pelbagai_Budaya_Refleksi_dan_Pengalaman_Ahli_Akademik_IPTA
  5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
  6. https://www.youtube.com/watch?v=bBzBCuXddfI









6 comments:

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN                 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum sert...